Sunday, June 26, 2011

KeMbALi

lama betul aku dah tak tengok blog aku nie,
lama dah tak mengarang..
hari nie boring betulla kene keje plak, dah badan x sihat niee...
sekian lama menyepi byk perkara2 suka duka yang ku telah tempuhi..
bermacam-macam ragam orang sana sini.eeemmm
"AP3 PUN TAK BOL3H"

Sunday, August 2, 2009

SANTAU...

Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.
Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah. Malah ilmu santau pensyarah itu cukup mendalam membuatkan pemandu bas yang kebetulan makan bersama kami menyoal:
“Aii macam-macam jenis santau dekat Grik ni Cik tahu, saya duduk sana sejak 20 tahun pun tak pernah dengar, Cik amalkan ke?”
Pensyarah itu yang tersipu mendengar pernyataan itu menerangkan yang dia cuma dengar-dengar je dari orang cerita.
“Saya dengar je apa orang kata, betul tak betul tak tahulah.”
Teringat saya dengan cikgu sekolah saya masa darjah enam dulu, dia tak mahu gambar dia diambil seorang diri sebab takut nanti orang pakai gambar tu nak “ilmukan” dia. Siapa lah nak “ilmukan” cikgu saya tu, kalau cantik macam Siti Nurhaliza atau Ramlah Ram pun takpelah jugak.
Namun cerita itu membuatkan saya berfikir banyak mengenai santau ini kerana ianya merupakan topik hangat di kalangan orang Melayu. Setelah saya membuat sesi penaakulan di dalam tandas dan mengumpul segala maklumat dari sesi kedai kopi dan mengumpat telah dapat saya agak atau menyenaraikan antara syarat-syarat untuk sesuatu Santau itu berkesan. Seperti ilmu-ilmu hitam yang lain santau juga mempunyai banyak pantang larang.
Kalau kita dengar dari cerita-cerita santau selalunya melibatkan kedai makan atau kedai runcit. Namun ianya mempunyai suatu corak yang lebih kurang sama walaupun lokasi dan masa yang berlainan. Santau biasanya mesti antara gerai hodoh nasi lemak yang nak roboh di tepi longkang disantau oleh tuan punya gerai hodoh nak roboh di tepi longkang di seberang jalan sana sebab kononnya dia tak puas hati yang gerai nasi lemak yang belah sini lagi laku sebab dekat dengan “bus stop”. Syarat yang paling penting untuk santau itu menjadi ialah dua-dua tuan punya gerai mesti Melayu, yang makan dan kena santau pun kena orang Melayu jugak. Sebab itu kita tak pernah dengar kedai bak kut teh atau restoran daun pisang kena santau. Sebab pantang larang pertama untuk santau ialah ianya mestilah sesama orang Melayu. Kalau bangsa lain dia tak jadi, dan semakin hodoh gerai di tepi jalan itu maka kebarangkalian untuk kena santau adalah semakin tinggi. Kita selalu dengar restoran nasi campur dan nasi padang yang kena santau tapi belum pernah kita dengar restoran Woh Kah Seng 888 disantau. Kalau kena bayar wang perlindungan itu ada lah.
Pantang larang yang kedua untuk santau ini ialah dia tak boleh digunakan terhadap kedai-kedai atau restoran yang merupakan jenis cawangan atau “franchise”. Cuba para pembaca sekelian fikirkan sebentar, pernahkah kita dengar McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Giant, Jaya Jusco ataupun Carrefour disantau? Tidak pernah bukan, ahaaaaaa ini adalah kerana mereka ini adalah jenis franchise. Saya yakin ramai peniaga kecil terutama peniaga runcit yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pasaraya besar yang merosakkan perniagaan mereka jauh lebih dahsyat dari kedai runcit pesaing yang lain. Namun apakan daya santau tidak berkesan terhadap pasaraya besar kerana Jin santau itu dia tak boleh nak lakukan kerja kalau dia tidak pasti siapakah tuan punya kedai berkenaan. Tapi kalau kedai runcit kecil yang ada mesin kukur kelapa dan kepunyaan orang Melayu mesti boleh punya. Walaupun “franchise” McDonald’s ini kepunyaan syarikat Melayu tapi ianya jenis bukan persendirian jadi itu yang tak jadi tu.
Tapi pasti ada yang bertanya, bagaimana pula dengan kedai atau restoran kepunyaan persendirian orang Melayu yang terletak di dalam pasaraya? Adakah ianya boleh kita santau? Nampak macam boleh tapi sebenarnya santau kita juga akan gagal sekiranya dihantar. Pantang larang ketiga ialah santau tidak boleh berkesan sekiranya kedai atau restoran berkenaan mempunyai penghawa dingin. Ini adalah kerana Jin santau tu Jin Melayu dan bukan Jin orang putih jadi dia tak tahan sejuk sebab Jin Melayu mana ada “sweater” paling kuat pun kain pelikat je. Sebab itu kita tak pernah nampak kes santau di KLCC ke ataupun Pavilion apatah lagi berlaku di Jaya Jusco. Lagipun berapa kerat sangat orang Melayu mempunyai kedai di tempat-tempat berkenaan.
Memang pelik bunyinya, santau yang konon hebat itu kalau kita dengar betul-betul ceritanya banyak masaalah dan kelemahan. Hendak pulak apatah lagi dari cerita-cerita yang kita dengar mengenai santau adalah dari orang-orang yang sendiri tak pernah kena santau. Selalunya rujukan adalah seperti berikut, tukang cerita dengar cerita santau dari orang kampung dia dulu yang mana orang sebelah rumah ada menyertai lawatan ke kilang batik di Pahang dan salah satu ahli rombongan itu kena santau masa makan dekat tepi lebuhraya. Dahsyat.
Pelik tak, kenapa bomoh yang hebat selalu tinggal dekat rumah hodoh yang nak roboh dekat hujung kampung yang eletrik pun belum tentu ada. Apa guna jadi bomoh yang hebat sampai boleh menyakitkan orang pakai angin je tapi tak mampu nak bayar bil Astro, takdelah hebat mana. Kalau ini macam baik jadi eksekutif MLM kurang-kurang ada can nak pakai Mercedes, dapat lengkap tujuh pasang je dah selesa tak payah jual barang.
Tapi itulah dia orang Melayu kita ni, cukup takut dengan benda-benda yang tak nampak ni tapi pada masa yang sama kabur dan terlepas pandang benda yang nyata. Kita sibuk sangat dengan makhluk-makhluk halus ni makhluk yang besar dan nyata ni kita tak nampak. Cuba kita berfikir sejenak, pernahkah anda dengar makhluk halus bunuh orang ke, merogol, merompak, menyamun, meragut, sumbang mahram, mendera kanak-kanak ataupun mencederakan orang. Kita ni sibuk sangat takut dengan hantu tapi kita tak sedar yang manusia ni, manusia yang masih hidup ini adalah jauh lebih dahsyat atau lebih hantu dari hantu.
Teringat saya dulu tentang kes Mona Fandey, macam-macam cerita lah keluar dan ketika itu saya masih sekolah rendah. Cukup sibuk dan macam-macam teori keluar, konon Monda Fandey kalau mati jadi monyet lah, dia belajar dekat Indonesia lah macam-macamlah.
Benda pertama yang saya ingat dari kejadian itu adalah ayat yang terkeluar dari pelakon bernama Zakaria Yusof iaitu bapak kawan saya dalam satu dokumentari mengenai dadah dan AIDS...
“Rupanya Mona lebih advance...”
Dan sejak dari itu nama perempuan jahat dalam drama Melayu selalunya Mona, dan saya nasihatkan dari anda sibuk sangat risau tentang benda-benda yang kita tak pasti ni baik kita buat kerja yang lebih berfaedah sebelum kita jauh ketinggalan dari orang lain yang “jauh lebih advance...”

Saturday, May 30, 2009

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Ibu

HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI.



Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002)
Tolong jaga adik : RM4..003)
Tolong buang sampah : RM1.004)
Tolong kemas bilik : RM2.005)
Tolong siram bunga : RM3.006)
Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3)
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu,

Saturday, April 25, 2009

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

3) Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca "Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia ju ga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang ju ga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah ju mpa orang yang di rasuk

Tazkirah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Thursday, April 16, 2009

aaarrrrgggg sakit kepala...

Aduh.... sktnye kpl aku nieeeee . dok ckp aku kene magrain, eh iye ke nie.....
mgkin btl gak coz aku byk fkr mcm org streeees. mgkin sjk ecnmy meleset time nie...
kj pun mkin byk.... uuuuuh pening..
tp knp sakit mcm nie yeeer ... x prnh aku alami skt mcm nie..... aaaarrrrgggg
rs mcm nk pecah kepala aku ...
aku gi cek kat klinik hormoparthy... mmg sah... tp bru nk startla ktnye ...
mggu nie nk ke Johor plk... rs mcm x larat je nie. leh ke aku drive.
mntk2 x ade yg berlaku lah....
wlw\upun bgtu aku ttp bersyukur krn Allah msh menyayangi aku... wlupun skit yg sdkit ttpi
ade org diluar sana yg lbh teruk drpd aku. semoga setiap penyakit yg dtg dpt mengurangkan
dosa-dosa lalu. amin...